Sunday, October 7, 2012

koleksi lebaran 2012

As salam buat semua pembaca blog ini Hampir setengah tahun tanpa ada info atau publish post dari saya. Saya agak sibuk dengan tempahan aidil fitri dan majlis perkahwinan anak saudara saya yang berlangsung pada 8/9 lepas. Kemudian,di susuli pula dengan majlis menyambut menantu pada minggu berikutnya. Hampir kelam kabut dengan segala kekalutan itu, tambahan pula, anak sulung saya bakal menduduki peperiksaan PMR bermula esok. Ya Allah, mohon Engkau permudahkan segala urusanku. Aminnnnnn Ya Allah. Bercerita mengenai kecintaan saya terhadap dunia manik ini, alhamdulillah selesai mengharungi saat2 usai dalam hidup saya, alhamdulillah,kini saya dapat berkarya kembali. Pun begitu, saya sentiasa mengharapkankan agar kalian semua masih lagi sudi mengikuti bicara hati saya dan masih lagi setia menatapi baris ayat yang bakal saya tuliskan. Insyaallah. Berikut adalah sebahagian koleksi baju berhiaskan manik dan labuci juga pearls dan laces, trend terbaru dalam bermanik. Kalau nk di ikutkan,mmg saya tak pasti mana satu yang harus di dahulukan, memandangkan agak lama tak berkesempatan untuk menulis dan mengepos entry mahupun gambar terbaru, namun inilah salah satu koleksi kegemaran saya.

Tuesday, April 24, 2012

Baju utk majlis pertunangan...

As salam semua..

Hampir 2 bulan tanpa entry baru buat saya makin terpanggil untuk terus berkarya di ruangan ini. Alhamdulillah,rezeki makin bertambah dengan tempahan manik yang kian rancak. Mungkin kerana lebaran yang bakal menjelang,jadi tempahan tak putus putus datang dari jauh dan dekat. Terima kasih pada yang sudi menempah dengan saya dan semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Minggu ini,saya menerima kiriman baju dari pelanggan di Tampin,NS. Atas faktor masa yang agak suntuk, kerana kiriman di terima pada 20 April, manakala majlis pula, bakal berlangsung pada 28 April dan saya terpaksa menyiapkan dalam masa kurang dari 3 hari kerana saya kena mengirim balik baju yang dah siap di manik pada Rabu 25 April. Aduiii aiii, tak lena tidur saya menyiapkan baju tersebut. Nah, lihatlah hasil kreativiti saya menggabungkan teknik simple 3D dan jahitan asas manik.
Buat semua yang sering mengikuti blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua membacanya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Salam kasih sayang yang berpanjangan buat anda.

Wednesday, February 8, 2012

BAJU KALER BROWN LAGI...

ni baju Afiqa Feliza, anak sedara saya...sedondon dengan baju mamanya..


inilah baju kebaya pendek selepas di manikkan ...

bahagian leher dari dekat...

As salam semua...

Sudah sekian lama tanpa entry baru mengenai baju manik, hari ini, saya tampil dengan satu lagi baju berwarna coklat lagi. Baju ni milik adik bongsu saya yang di pakai semasa majlis pertunangan anak saudara kami , Nana..selesai majlis, baju ni terus bertukar tangan, saya ambil bawa balik dan cuci dulu sebelum saya manikkan...hehe

Lihatlah hasil yang saya garapkan untuk baju kebaya pendek ni..minta maaf semua, gambar agak kabur kerana di ambil menggunakan handfon sahaja..

Sekian dulu buat kali ini, salam kasih sayang buat semua.. moga bertemu di lain entry...

GUESTBOOK

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...