my creativity - with crochet yarn

Add caption




As salam semua, bertemu lagi di bahagian lain di sudut blog ini, suka saya ingin memaklumkan kepada pengunjung blog ini, saya tampil dengan kelainan kreativiti menghasilkan kraftangan...


Selain menjahit manik, saya mempunyai hobi lain iaitu mengait benang menggunakan benang bulu...antara kemahiran saya adalah menghasilkan topi, beg dan juga baju sejuk untuk kanak kanak..


Lebih banyak foto untuk tatapan semua akan saya pamerkan kemudian,insyaallah..


Sekian dahulu untuk tatapan semua, salam kasih sayang yang berpanjangan untuk semua yang mengunjungi blog ini...


Beg Kait Untuk Kak Suraya Sani




beg kait sebelum di manikkan ..


ada zip di bahagian dalam untuk lebih privasi ..



beg yang dah siap di manikkan ..



foto dari dekat manik beriring dengan di selang seli mutiara putih ..


Salam Tahun Baru untuk semua...

As salam dan salam sejahtera buat semua.Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blog ini. Walaupun agak terlewat ucapan ini, tapi, rasanya rata-rata kita masih lagi mengucapkan selamat untuk tahun baru 2012.

Alhamdulillah, walau agak berkurangan tempahan menjahit manik yang saya terima, namun saya masih mempunyai punca duit poket melalui tempahan beg kait yang saya sulam dengan hiasan manik. Masih tidak lari dari asas manik, maka saya anggap beg kait ini juga layak saya paparkan diruangan ini..

Berikut adalah beg yang saya kait untuk Kak Suraya Sani, kenalan FB yang merupakan jiran sekampung dengan saya.

Moga Kak Suraya berpuashati dengan hasil sentuhan saya. Buat semua yang teringin menempah hasil kerja tangan saya, bolehlah menghubungi saya di talian 012 6303832 . Saya sedia menerima tempahan dan harga boleh di runding mengikut bajet anda .

Sekian dulu buat kali ini, semoga bertemu lagi di lain kali. Salam kasih sayang yang berpanjangan buat semua pembaca setia blog ini.

Beg Kait Untuk Kanak-kanak



ini beg yaya ...


omel dengan gaya comel menggayakan beg yang sudah siap ...


ini beg untuk kak cik ...

As salam semua...hari ni merupakan hari terakhir dalam kalendar 2011 ...esok,bermulalah tahun baru 2012 ...bagaimana dengan azam baru pembaca blog ni?azam tahun ni dah tertunai ke?bagi saya,salah satu antara banyak azam yang saya pasang untuk tahun 2011 ialah untuk menulis blog ini menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak merojakkan bahasa ...azam ini saya pasang ketika negara kita menyambut hari bahasa negara pada Oktober lepas...(kalau saya tak silap) ...Untuk yang sering mengikuti tulisan saya di blog ini,saya ingin meminta jasa baik semua andai ada kesilapan bahasa saya,harap anda tanpa segan menegur saya ...

Berbalik pada kisah manik pula..alhamdulillah...tempahan sentiasa ada walaupun sedikit berkurangan berbanding pada musim perayaan..untuk kisah terbaru ini,saya ingin mengubah sedikit corak jahitan manik yang selalunya saya jahitkan pada pakaian sahaja,kali ini,saya selitkan hobi lain saya selain memanik...di masa lapang,saya juga membuat beg dan pelbagai barangan berasaskan benang kait...

Untuk permulaan ini,saya sertakan beg kecil yang saya kait berasaskan benang kait ...kemudian,saya sulamkan dengan manik kecil untuk hiasan..buat semua,moga anda semua seronok mengikuti tulisan saya..insyaallah,saya akan terus berkarya selagi ada yang sudi mengikutinya...

Salam tahun baru 2012 buat semua,moga 2012 menjanjikan yang lebih baik buat semua...salam sayang dari saya buat anda...

GUESTBOOK

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...