Wednesday, December 19, 2012

manik dengan teknik 3D

As salam dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi singgah di sini...

Kesuntukan masa dengan pelbagai tempahan juga aktiviti harian buatkan saya makin terpencil jauh dari dunia blog yang paling saya minati ini... Pun begitu, alhamdulillah...hasil jahitan manik dan hasil kaitan dari benang kait tetap mendapat tempat dan sehingga kini tempahan dari penggemar2 manik dan benang kait tetap saya terima... rezeki untuk anak2 menjelang musim persekolahan yang akan datang...

Saya sempat mengikuti kelas anjuran Puan Rosita Jaafar bertempat di FTIMdc, Subang Jaya Oktober lepas. Kelas mengenai teknik jahitan manik 3D.



Berikut adalah hasil manik 3D yang sempat saya garapkan pada baju kurung milik saya sendiri..

Sehingga bertemu lagi di lain entry...semoga anda semua berpuas hati dengan lawatan ke
blog ini.... apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri...

Monday, October 8, 2012

Baju utk majlis bertandang di rumah Man @ Felda Purun, Triang, Pahang...

As salam,
 Syukur ke hadrat Illahi, masih lagi saya di kurniakan keupayaan untuk menulis di ruangan ini..

Berikut adalah baju yang di gayakan utk saudara2 saya ketika majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki... Tema kuning dan oren menjadi pilihan pengantin...sementara pengantin pula sedondon dengan warna biru turquoise... memang nampak menyerlah ke'comel'an pengantin dalam busana itu..





















Sehingga berjumpa lagi di lain entry, salam kasih sayang yang berpanjangan buat semua yang masih lagi sudi mengikuti bicara saya... Akhir kata, yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri...

Sunday, October 7, 2012

Baju utk Wedding Nana n Man 8/9 @ Monterez Golf Club, Subang...











































As salam, terlanjur dah menulis di ruangan ini, di sini saya sertakan sekali dengan baju anak, anak saudara, kakak dan kakak ipar saya sekali..Baju ini adalah tema untuk majlis persandingan anak saudara saya Sarah Liana Wambeck dan pasangannya Othman Alias yang berlangsung dengan meriahnya pada 8/9 yang lepas bertempat di Monterez Golf and Country Club, Subang, Selangor....

Masing2 nak bergaya elegen mengalahkan pengantin, haha..minta maaf buat pasangan mempelai...anda berdua tetap nampak anggun bergaya dengan busana pengantin...Doa buat pasangan pengantin...moga tabah mengharungi bahtera perkahwinan dengan seribu kesabaran dan buat sang suami, kemudilah bahtera anda dengan seadilnya...moga perkahwinan ini menjadi landasan terbaik buat kalian berdua dalam memperteguhkan keimanan terhadap Allah s.w.t...Aminnnn...




koleksi lebaran 2012

As salam buat semua pembaca blog ini Hampir setengah tahun tanpa ada info atau publish post dari saya. Saya agak sibuk dengan tempahan aidil fitri dan majlis perkahwinan anak saudara saya yang berlangsung pada 8/9 lepas. Kemudian,di susuli pula dengan majlis menyambut menantu pada minggu berikutnya. Hampir kelam kabut dengan segala kekalutan itu, tambahan pula, anak sulung saya bakal menduduki peperiksaan PMR bermula esok. Ya Allah, mohon Engkau permudahkan segala urusanku. Aminnnnnn Ya Allah. Bercerita mengenai kecintaan saya terhadap dunia manik ini, alhamdulillah selesai mengharungi saat2 usai dalam hidup saya, alhamdulillah,kini saya dapat berkarya kembali. Pun begitu, saya sentiasa mengharapkankan agar kalian semua masih lagi sudi mengikuti bicara hati saya dan masih lagi setia menatapi baris ayat yang bakal saya tuliskan. Insyaallah. Berikut adalah sebahagian koleksi baju berhiaskan manik dan labuci juga pearls dan laces, trend terbaru dalam bermanik. Kalau nk di ikutkan,mmg saya tak pasti mana satu yang harus di dahulukan, memandangkan agak lama tak berkesempatan untuk menulis dan mengepos entry mahupun gambar terbaru, namun inilah salah satu koleksi kegemaran saya.

GUESTBOOK

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...