Tuesday, April 24, 2012

Baju utk majlis pertunangan...

As salam semua..

Hampir 2 bulan tanpa entry baru buat saya makin terpanggil untuk terus berkarya di ruangan ini. Alhamdulillah,rezeki makin bertambah dengan tempahan manik yang kian rancak. Mungkin kerana lebaran yang bakal menjelang,jadi tempahan tak putus putus datang dari jauh dan dekat. Terima kasih pada yang sudi menempah dengan saya dan semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Minggu ini,saya menerima kiriman baju dari pelanggan di Tampin,NS. Atas faktor masa yang agak suntuk, kerana kiriman di terima pada 20 April, manakala majlis pula, bakal berlangsung pada 28 April dan saya terpaksa menyiapkan dalam masa kurang dari 3 hari kerana saya kena mengirim balik baju yang dah siap di manik pada Rabu 25 April. Aduiii aiii, tak lena tidur saya menyiapkan baju tersebut. Nah, lihatlah hasil kreativiti saya menggabungkan teknik simple 3D dan jahitan asas manik.
Buat semua yang sering mengikuti blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua membacanya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Salam kasih sayang yang berpanjangan buat anda.

Wednesday, February 8, 2012

BAJU KALER BROWN LAGI...

ni baju Afiqa Feliza, anak sedara saya...sedondon dengan baju mamanya..


inilah baju kebaya pendek selepas di manikkan ...

bahagian leher dari dekat...

As salam semua...

Sudah sekian lama tanpa entry baru mengenai baju manik, hari ini, saya tampil dengan satu lagi baju berwarna coklat lagi. Baju ni milik adik bongsu saya yang di pakai semasa majlis pertunangan anak saudara kami , Nana..selesai majlis, baju ni terus bertukar tangan, saya ambil bawa balik dan cuci dulu sebelum saya manikkan...hehe

Lihatlah hasil yang saya garapkan untuk baju kebaya pendek ni..minta maaf semua, gambar agak kabur kerana di ambil menggunakan handfon sahaja..

Sekian dulu buat kali ini, salam kasih sayang buat semua.. moga bertemu di lain entry...

Tuesday, November 1, 2011

baju lily-my dear sister




As salam...

Bertemu kita lagi di ruangan ini...harapan saya agar anda semua di anugerahkan kesihatan yang baik dan kebahagian di dalam menjalani kehidupan seharian..bagi saya, alhamdulillah,masih diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus menulis dan menghasilkan jahitan manik untuk yang sudi menempah..terima kasih banyak pada yang telah menghantar baju dan berpuas hati dengan hasil sentuhan saya...

Sentuhan saya kali ini, saya realisasikn atas baju adik saya. Kurung biasa yang saya "transform jadi kurung glamer" kata adik saya..alhamdulillah..


Sekian dulu buat kali ini, moga bertemu lagi dilain kali..salam kasih sayang yang berpanjangan buat semua...


GUESTBOOK

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...