Tuesday, April 24, 2012

Baju utk majlis pertunangan...

As salam semua..

Hampir 2 bulan tanpa entry baru buat saya makin terpanggil untuk terus berkarya di ruangan ini. Alhamdulillah,rezeki makin bertambah dengan tempahan manik yang kian rancak. Mungkin kerana lebaran yang bakal menjelang,jadi tempahan tak putus putus datang dari jauh dan dekat. Terima kasih pada yang sudi menempah dengan saya dan semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Minggu ini,saya menerima kiriman baju dari pelanggan di Tampin,NS. Atas faktor masa yang agak suntuk, kerana kiriman di terima pada 20 April, manakala majlis pula, bakal berlangsung pada 28 April dan saya terpaksa menyiapkan dalam masa kurang dari 3 hari kerana saya kena mengirim balik baju yang dah siap di manik pada Rabu 25 April. Aduiii aiii, tak lena tidur saya menyiapkan baju tersebut. Nah, lihatlah hasil kreativiti saya menggabungkan teknik simple 3D dan jahitan asas manik.
Buat semua yang sering mengikuti blog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua membacanya. Sehingga bertemu lagi di lain entry. Salam kasih sayang yang berpanjangan buat anda.

GUESTBOOK

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...