Kesuntukan masa dengan pelbagai tempahan juga aktiviti harian buatkan saya makin terpencil jauh dari dunia blog yang paling saya minati ini... Pun begitu, alhamdulillah...hasil jahitan manik dan hasil kaitan dari benang kait tetap mendapat tempat dan sehingga kini tempahan dari penggemar2 manik dan benang kait tetap saya terima... rezeki untuk anak2 menjelang musim persekolahan yang akan datang...
Saya sempat mengikuti kelas anjuran Puan Rosita Jaafar bertempat di FTIMdc, Subang Jaya Oktober lepas. Kelas mengenai teknik jahitan manik 3D.
Sehingga bertemu lagi di lain entry...semoga anda semua berpuas hati dengan lawatan ke
blog ini.... apa yang baik jadikan tauladan, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri...